Selasa, 31 Desember 2020
“FIRMAN TUHAN TETAP UNTUK SELAMA-LAMANYA”
Kotbah: 1 Petrus 1:22-25 Bacaan: Mazmur 119:89-96
Hari ini kita akan mengakhiri peziarahan kita di tahun 2020. Beberapa jam lagi kita akan melewati 2020 dan menyongsong memasuki Tahun Baru 2021. Dalam Ibadah Akhir Tahun ini tema yang akan kita bahas adalah “Firman TUHAN tetap untuk selama-lamanya”. Di dunia ini tidak ada yang kekal, kecuali perubahan. Dalam dunia politik yang kekal itu adalah kepentingan. Tetapi dalam keyakinan kita yang kekal adalah Firman TUHAN. Firman TUHAN itu adalah Yesus Kristus. Yesus tidak akan berubah dari dulu, kini, dan hingga masa yang akan datang. Jika Yesus itu kekal untuk selamanya, maka Yesus akan mampu mengubah hidup kita dari sehari ke sehari.
Pertanyaannya adalah pembaruan hidup apakah yang akan kita terima dari Firman yang kekal itu?
Pertama, Firman Tuhan itu akan mengekalkan kelayakkan kita di dalam mengikut Yesus (bnd. 2 Tim. 3:16-17). Kelayakan kita dihadapan Tuhan dapat dikekalkan dengan mengandalikan kehidupan kita setiap hari berdasarkan dengan kebenaran Firman Tuhan. Dimana Firman Tuhan itu akan terus 1) mengajar kita apa yang benar, 2) menegur kita atas kesalahan yang kita telah lakukan, 3) membetulkan kita tentang apa yang salah, 4) mengajar kita supaya hidup menurut kehendak Tuhan, 5) melengkapi kita dengan sempurna untuk melakukan segala pekerjaan yang baik.
Kedua, Firman Tuhan itu akan mengekalkan pertumbuhan kerohanian kita (bn. 1 Ptr. 2:2). Tujuan yang utama mengapa kita perlu Firman Tuhan itu untuk bertumbuh adalah kerana Firman Tuhan Tuhan itu yang dapat mengatakan apa yang harus kita lakukan sewaktu kita menghadapi sebarang cabaran atau pencobaan. Firman Tuhan juga akan memberitahu kita hal-hal yang dihadapan kita. Sebagai contoh kematian jasmani banyak orang takut untuk mati sebab mereka tidak tahu apa yang terjadi selapas mati. Namun yang demikian melalui kebenaran Firman Tuhan kita diyakinkan dengan masa hadapan kita.
Ketiga, Firman Tuhan itu akan mengekalkan pergaulan kita dengan Tuhan setiap hari dengan lebih erat atau akrab lagi (bnd. Mat. 4:4). Memang kita tidak dapat menyangkal kebenarannya bahwa Firman Tuhan mengekalkan keintiman atau keakraban hubungan kita dengan Tuhan. Membaca Alkitab berarti kita membiarkan Tuhan berkata kepada kita. Mendengar Yesus berkata kepada kita berarti membiarkan diri kita dilayani oleh Kebenaran Firman Tuhan. Kamu akan mengetahui kebenaran, dan kebenaran itu akan memerdekakan kamu.
Keempat, Firman Tuhan itu akan mengekalkan kesegaran kehidupan rohani kita setiap hari (bnd. Mzm. 19:8-9). Firman TUHAN itu menolong banyak orang yang mengalami dan menghadapi kesukaran hidup baik dari segi ekonomi, politik, pekerjaan dan sebagainya. Firman TUHAN itu sesungguhnya memberikan semangat kepada mereka yang lemah, memberikan pengertian kepada mereka yang tertekan dan sebagainya.
Pembaharuan secara rohani kita dapat terjadi jika kita membiarkan kebenaran Firman Tuhan itu berkerja bebas dalam kehidupan kita secara peribadi. Kebenaran Firman Tuhan dapat mengekalkan pembaharuan dalam hidup kita setiap hari. Sebab melalui Firman Tuhan perkara yang baru dinyatakan kepada kita setiap hari. Karena itu, jadikanlah Firman TUHAN yang kekal itu mengubah semua pola kehidupan kita menuju pola yang berkenan kepada-Nya. (rsnh)
Selamat Mengakhiri 2020 dan Songsonglah Tahun Baru 2021
Tidak ada komentar:
Posting Komentar